Me and my friend were planning to play futsal and booked the court for 2 hours just to realize that we short of players.
SO .. As a month before that i get to know one footballer from Bukit Jalil Sport School. And i call him up and ask him if he and his friend would like to join us!
And he say yes.
So we play by group. Not once I'm in the same group with him (Comet/My fiancee).
And ada one time tu. Bola bebetul kat kaki i .. And i rasa ada orang lari from the other side of the goal post sekuat hati.Time tu memang kecut perut sebab takut dia tak boleh stop. So i scream and tutup mata sebab takut kene langgar.
Bukak mata tengok muka die bebetul depan muke I. Die sengih, gelak and amik bola tu shoot for goals. Memang sakit hati time tu.
After game. Kiteorg pergi lepak kat Mamak. He choose to sit right infront of me. And time tu boleh nampak dia nie duk pandang jer. Tak pernah pandang ke lain.
Pelik juga coz time tu i still with my ex. And me and my ex pun dalam keadaan x best.
So after that game. X pernah lagi jumpa they all until i broke off with my ex. I met my football friends kat SSBJ and time tunggu tu nampak dia keluar naik motor nak gi bank.
To tell you guys the truth. I sangat takot dengan dia. Coz muka dia serious. And time tu dia sangat kurus and muka sangat cengkung. So nampak je dia menyorok. Padahal kereta colour purple dari jauh orang leh nampak that it was me. And badan bukan la kecik sangat nak menyorok dalam Honda Jazz tu.
He stop. Ask me to turunkan cermin. And tanye"Buat ape?".. So reply dalam keadaan takot "tunggu icam .. Nak gi mana?"DIa jawab "Nak gi bank. keluarkan duit. OK bye"
That's the second time i met him.
Well. The third time is the best part ever.
Kami keluar ramai-ramai. Lepak dekat Mamak sri petaling before a game of bowling.
Time tu dia duduk sebelah kiri and Icam duduk belah kanan. and time tu for me, i rasa lagi senang bercakap ngan dia. it start with terkejut tengok cara dia makan. I still remember clearly. He ate Nasi Goreng first, followed by Naan with tandoori and end up with Maggi Goreng.
Waktu dia makan maggi goreng, i pulak can't stop looking at him. sampai kene sound "jangan tengok macam tu.. malu".. I say "macam mana leh makan banyak nie?" .. And dia tanye "Maksud" .. PAstu i say " Ye la.. makan banyak .. tapi tak gemuk .. macam mana? "Anyway time tu i was on diet and i tak makan malam. So die gelak. dia cakap "coz heavy training in the morning and evening". Owhs dia Terengganu and MAlaysia 400m Hurdler by the way.
SO after dinner. kiteorang goes for 3 games of bowling. And last game buat betting. Team sape kalah kene belanja minum.
I say OK!. SO of coz my team menang. And he, icam and epul kene belaja we all minum.
Lepak kat mamak balik. And coz kesian kat diaorang i just order teh o ais. And dia cakap "orang nak belanja minum.. order teh o ais. baik tak payah belanja" .. so i called the mamak balik tukar to ICE BLENDED CAPPUCINO
Time tu I'm the only girls. So kiteorang took pictures and all. Until this one picture i amik yang buatkan i gelak ..
The story behind this picture is that actually behind me ada Nabil Mentor. see his (comet) face. he's looking straight at ME! hahaa
So bila i amik this picture. I pass around.
And sampai dekat Icam. He say to us "Ehh .. ehh .. muka aku macam Nabil Mentor la"
And at the same time I tengah minum air. And tak tahu macam mana .. I become like this.....
Tersedak
and Comet get this ...
Air tu semua kena muka dia. Yup .. STRAIGHT TO HIS FACE
and I hear he say"Allah.. abis basah muka aku"
Nak tengok berapa jauh from me to him ??
2 TABLE ... TWO BLOODY TABLE .. >_<
And the best part..Kena dekat dia seorang and NO ONE ELSE !!! And all the drink kene tepat kat MUKA DIA !!KESIAN KAN !! ish. Awal2 dah tunjuk diri ini tidak senonoh! T_T
Yes. That's what make me close to him.
Even time tu i close ngan ramai guy friend. But bila ada problem. He's the one i go too.
And SERIOUSLY. I never knew he likes me.
We watch movie's together. We go for bowling, karaoke and even lepak dekat mamak .... 2 days in a row balik lewat!!!!
Kesian dia time tu sampai tak pergi training sebab letih sangat. Sampai cakap nampak i dah 3 bukan 1 dah.
Kira macam nie la dia nampak
Bila dia tahu that I demam but still going for futsal training.Out of nowhere i can see him at the futsal court.
And the best part. He even know who like me and siapa pernah propose to me too!
Siap one time my other scandal tengah tengok i training futsal and he came too to watch me training gak.
And he met the other guy and salam and talk like it was NOTHING.
Padahal dia cakap time tu stress Tuhan je tahu sebab dia rasa semua kacau daun.
Until 1 year after.
Baru dia cakap that he love me.
He tooks his own sweet time.
What make me know that I need him and I love him?
The day he went to Manila Sea Games.
I will wait in front of the laptop every nightat 9pm coz i know he will be online.
I dont even have my dinner so that i can chat with him every night.
Then one day on Thursday when i have my bowling league.
He called me .
He say that he thought ofdoing a surpriseby seeing me at Alamanda Bowling alley and support me for my game without telling me his coming back.
But end uphis flight was delayed for 5 hours and he stucked in KLIA..
He went with the Terengganu team and the team check in Concorde Inn
He and his friend need to be at their school for morning classes.
I was laughing hard. Happy and excited.
Went straight to KLIA after game.
AND
Thats the first time i hugged him.
Coz i missed him soo!
He always say to me.
The first time he look into my eyes. He fell in love.
The day he went to Manila, is the day when he knew he want and need me
Coz he missed me soo
I always ask him .. Why me?
The answer"Just because u complete me"
And
The most romantic thing he ever did for me?
He sent me this song.
Well .. That was my "Love Story"..
Our Real Love Story
p/s: click their LOGO to be directed to their FB page. and you guys can see their oh-so-awesome workmanship. NO KIDDING :)
pp/s: nanti ramai2 tolong vote saya yer if i di shortlisted kan! thanks ^_^
Serius badan aku jadi seram sejuk membaca 'Gambaran Hari Qiamat' secara terperinci dalam artikel kat bawah ni...
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
Pemimpin yang adil.
Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Bibik tak ada time tu .. so kene call kedai makan for lauk
then gi carrefour to take things for flying superstar
then straight to Masjid Al-Falakh for Yan Solemnization
I was soo tired.
Tak sempat tuka baju pun
Cuma touch up jer :p
This wedding is UNIQUE
Yan and her younger sister akad nikah sekali
Tak pernah tengok lagi sebelum nie ;)
After akad nikah we had dinner kat luar masjid tu
Masjid al-falakh nie cantik
And yan of course look so damn gorgeous ;)
To Hosni,
Take good care of my yan. She's my friend since primary school. i know she can be too talkative and kuat membebel. but if u can go with it for years couple. i hope u stay that way till death do u guys apart yeah :D hahaa
Then the next day gi reception Aina yang GRAND tak hengat.
Khemah dah macam nak concert
and the other week reception Yan kat THE ROYALE CHULAN HOTEL..
Picture?
i kene cari. hari tu bersihkan hard disk i copy to external.